Sunday, July 31, 2011

untung la...????

aha..aku sebenarnya nak tergelak bila nak buat entry ni. aku hairan sangat dengan kawan-kawan aku yang suka sebut "untung la.."

aku tak kisah kalau diorang nak cakap 'untung la' kena pada tempat dia. ni tak..aku tengok macam dah desperate semacam ja kot.

1. untung la...orang ada boyfriend...aku tak dak pon..
- what the hell dengan untungnya ada boyfriend ha?? ok. fine. it's untung kalau boyfriend korang tu elok dan ajak kearah kebaikan. but is it untung kalau boyfriend korang tu, kaki pukul, kaki melucah dan segala kaki ah. except kaki masjid. patut ka nak guna term "untung la.."?? sebenarnya kan...people will always tell you what you do wrong, but they are hesitant to compliment you for the many things you do right. sebab tu diorang cakap camtu..galakkan lagi benda yang tak sepatutnya digalakkan. memang galak ah! haha



selama ni pon yang sara korang mak pak korang. bukannya boyfren korang pon. yang dok mendoakan kejayaan korang selama ni pon mak pak korang kan? it supposed to be untung la kepada mak bapak korang. ala...boyfren korang tu bila dah kenal baru nak mendoakan korang. before kenal, ada diorang doakan?? not at all. entah-entah tak pernah doakan korang langsung pa...haha.. so, tak untung langsung. come on..it's just a boyfriend okies...not your husband pon. tak payah la nak cakap "untung la.." dekat kawan korang yang ada boyfriend. sebab yang tu bukannya ada ikatan yang sah pon. tak dak apa-apa jaminan. haha...aku tak hairan la..

2. untung la...dia cantik...aku tak cantik..
- ouh...eeemmm...giii....ni masalah perempuan. the biggest kot aku rasa. even tak semua yang pentingkan rupa. actually memang la rupa tu penting tapi tak perlulah terlalu dipentingkan. sampai nak jatuhkan keyakinan diri korang tu pasaipa?? semua orang cantik. ada kecantikan tersendiri. tak perlu la nak compare dengan orang lain. kalau keep comparing diri korang dengan orang lain, memang korang takkan rasa puas. korang ingat jadi cantik tu seronok sangat ka? to be beautiful means to be yourself. you don't need to be accepted by others. You need to accept yourself. see?? as simple as that kan?



cer tengok yang selalu kahwin dulu, orang yang rupa dia biasa-biasa ja. yang tak cantik sangat pon. tapi yang cantik, sampai ke tua dok membujang. tengok la artis-artis kat malaysia ni. ramai ja kan yang cantik tapi sampai sekarang tak kahwin. is it untung?? tak untung oke. kalau dah rasa tak yakin dengan diri, cantikkanlah diri tu dengan akhlak. ni tak..dah la tak cantik pastu suka melucah pulak. what the?? memang terus aku nampak tak cantik even yang cakap tu orang cantik. yang tak cantik tu, lagi-lagi la kan ya dak?? haha

3. untung la....dia ada orang sayang..aku tak dak pon..
- haih...bajet macam mak pak tak dak ja pon yang dok nak cakap camtu. padahal ramai ja yang sayang kat dia. tapi dok nampak kasih sayang boyfren kepada girlfren. yang kasih sayang mak pak bagi tu, tak la pulak nak perhati dan syukuri. mula la nak sedih sorang-sorang...come on...yang tak sayang kau tu, cuma sorang je kot..it's just one only yang tak sayang kau. tapi ramai yang still sayangkan kau. kawan-kawan..parents..siblings..lecturers..dan aku. hehe... aku bukan nak kata la kat orang yang berkapel ni..aku perhati lama da. especially perempuan. bila berkapel tu, kawan yang sedia rapat boleh jadi renggang. mau tak nya?? sikit-sikit boyfren..sikit-sikit boyfren..menyampah kot..but then bila ada masalah, baru cari kawan nak mintak nasihat. baru tau rupanya ada yang sayangkan dia. untung sangat la camtu? untung your head! haha..friends are the angels you see when all is dark.


4. untung la...dia ada degree..aku diploma ja..
- ni yang aku cukup tak suka dengar. bila cakap ja pasal ni buat orang yang kena tu rasa terasing. rasa macam di....apa entah! tak tau nak cakap. can't be describe by words ah senang cerita! haha..korang pon tau kan sekarang peluang untuk masuk ipt terbuka luas. cuma tak dengan tak nak ja. ada diploma senang mintak kerja. tapi kalau cuti sem, even orang tu tengah study kat level degree, tapi tak dak diploma, korang ingat orang nak hire ka?? mesti la diorang akan pandang diploma. sebab ada sijil. macam la korang tak boleh nak further study kat peringkat degree yang pi cakap camtu. even master or phD pon boleh kalau korang nak. so, tak payah la nak compare la level of education. kalau educated pon tapi behavoiur macam tak pernah dapat educations, useless oke? aku ulang sekali lagi, USELESS! haha..so, again tak untung.


5. untung la...dia bahagia....aku tak bahagia pon..
- let me tell you something. sebenarnya ramai orang yang konpius between gembira dengan bahagia. sebenarnya happy and bahagia ni dua benda yang berbeza. korang perasan tak, setiap kali tengok orang tu epi, mesti korang akan assume orang tu bahagia kan?? korang silap! yeah! memang silap. gembira tu sebenarnya luaran ja. gembira tu dalam bentuk yang boleh kita nampak. contohnya, bila korang tengok kawan korang gelak, yes. you can said that she/he is tengah happy. the eyes see what they want to see, the ears hear what they want to hear, but the heart feels what is real.


tapi bahagia tu korang ja yang boleh tau. korang ja yang boleh rasa samada korang sebenarnya bahagia or tak. so, kalau nampak orang tu gelak or senyum, jangan ingat dia bahagia. tu cuma zahir dia ja. tapi dalaman dia kita tak tahu, bila kita rapat dengan dia baru kita dapat tau. ok, lagi satu, bahagia dalam diri ni sebenarnya depends pada diri. kalau korang dok harap orang lain ja nak bahagiakan diri korang, but then korang tak pernah berusaha untuk bahagiakan diri korang, so sampai kesudah la korang takkan jumpa kebahagiaan tu. never search for happiness in others. this will make you to feel alone, but search it in yourself. you will feel happy even if you left alone.




 

28 comments:

Pencari Qurratuaini

bersyukurlah dengan apa yg ada dalam diri sendiri. tak perlu jadikan diri menjadi org lain tp jadikan diri disebabkan diri sendiri, yg penting ke arah kebaikan..

Sally Yatiey

betul2 ;D manusia mmg suka sebut ''untung la '' bla bla bla . Tapi untung tak kemana pn ;) Cukuplah kita bersyukur atas apa yang kita miliki sekarang .

Miss Xyz =)

yup, stuju yg psl retis tu,
cntik tp kesian ada yg blum kahwin lgi..

LIKE UR ENTRY!~

nur atiqah wahida

untung la dia ramai followers,saya sikit ja followers..hahaha..maaf,annoying plak..

like this entry! suma org dalam dunia ni beruntung ALLAH jadikan..
bersyukur dengan apa yg ada :)

MissViVio

@pencari : jadi diri orang lain akn mnyebabkan split personality.

@sally: haha..tau xpa..

@mis xyz : aah. ppuan slalu cmtu..nak cantik rupa ja..akhalk xnak plak...

@nur atiqah : mak ai...xde la rmai sgt..biasa2 je la...huhu..b'syukur dgn apa yg ada. :)

Cik Ca'ah

asal masih hidup,masih bernafas,kenapa taknak bersyukur dgn nikmat yg ada? biarla depa dgn hidup depa,kita teruskan ja hidup kita :)

cik EPAL

biasalah manusia. selalu nampak apa orang lain ada. tp tak pernah nak nampak apa diri sendiri ada.


ur blog is nice to read. keep on blogging =)

Lea IsNaw!

syukur jela dengan apa yg kita miliki
kdg2 tak semua yang kita rasa best tu ada best...

MissViVio

@cik ca'ah : sbb diorg xpernah asa puas dgn apa yg diorg ada. :)

@cik epal : wah!! cik epal komen blog sya la!! excitednya!! b
bsar ati sgt! hehe...sgt stju dgn cik epal! :D

@lea : yup..kdg2 bnda yg ktasa best 2 yg sbnrnya akn jd pnca yang x elok dimasa dpn. :)

alif haris

hehe cuba kita lihat orag lebih susah drpd kita ..
pasti terbit rasa bersyukur :)

amir aizat

seyuju sgt! kdg2 menyampah pon ad dgn org2 yg type mcm ni,huh

MissViVio

@alif : hahaha...mslhnya ada jgak spesies yg xnk tgk org yg lbih ssah dri dia...dok nmpk org lbih dri dia ja..

@amir : sgt mnyampah oke...mcm truk sgt nsib dia...huh

Hot girl

bersyukur dgn ape yg dianugerahkan oleh-NYA...saya pasti MissVivio ada kelebihan yg tersendiri,,,;)

littleworld

bersyukurlah dgn apa yg kita ada kan..tp tak salah kalau kita berusaha utk mendapatkan yg lebih baik..setiap manusia pasti ada kelebihan dan kekurangan masing2.

MissViVio

@hot girl : muahahaha...ni bkn utk diri sndiri la..huhu...sya xnah gna pon ayt untung la...mcm pa g...huhu

@littleworld : hehe..mang xslah..tp at the same time kna kna b'syukur dgn apa yg ada kn...kalu tgk ayt "untung la" mcm mrungut..hehe

dill

sayang diri sendiri sebelum belajar menyayangi orang lain. untung kite sbb masih ade mak ayah yang sayang kite kan. tak peduli la yang lain2 tu. :)

dill.

MissViVio

@dil : hehe..tau xpa...it shud be untung la kt parents..:)

abdul matin

untungla dya ada degree

AIEN NOT ALIEN

haha..betul2... dekat fb ramai dok post, komen dengan "untungla"

kat sini baru jumpa untungla yang telah diubah suai sedap nak dibaca...

untungla singgah sini..hehe

MissViVio

@ matin : bongek la ang!! xdak mknanya ah! haih...

@aien : hahaha...xdak la..ntah la..sya mkin mnyampah dgr pkataan untung la...even dlm p'ckapan, fb or what...kalau yg spatutnya "untung la" xpa..ni x...bnda yg x spatutntya dicakap untung..wth?? haha

syrupmasin

gile terase dah lah ade buat entry tajuk untunglah :D

MissViVio

hahaha...ala..abg senior trasa ka?? ohoho...ni utk kwn2 ah..kwn dlm fb...huhu

N A T A S Y A ツ

hehe, kekadang kite tak sedar kan ?

sebenarnye " untung la " tu lebih kepada nak menyindir orang tu.

cume tu la, orang tu je tak sedar :D

Luke

nicely said! jgn nak pk negatif kalau kita ada pilihan utk pk positif =)

go gurl! :p appreciate people around u no matter what ok. give them supports n advice.

teruskan dgn pendirian kamu slagi ia benar =)

salam ramadhan ;-)

anis aneesa

sgt bagus entry nie.yeah,jgn terlalu merendah diri,nnt diri kite akn jd tlalu pendek utk dipandang org..hihi..memandai je bwat pribahasa sndiri..

suhaa

untunglahhh .. heee.
memang pun. kadang kadang dapat terima lagi orang sebut untunglahh ni, tapi kadang tu rimas jugak. ahaha . :D

MissViVio

hahaha...sgt mrimaskan n sgt annoying kot..

SweetLikeWhat

like entri nie 100x :)

macam tu lah bila cakap tak kena tempat..