Friday, September 23, 2011

you're stucked in the past memories

aku mintak maaf sangat kalau aku terkasar bahasa dengan hang tadi. aku bukan pa. aku tau hang tak dapat lupakan dia. sampai hang nak risau segala. hang gtau aku yang hang rasa tak sedap hati. hang berdebar-debar, then hang cakap hang takut hilang dia. 




aku pon pernah rasa benda yang sama. cuma mungkin aku tengok dari sudut yang berbeza benda tu. aku tak suka tengok ang moody semacam untuk orang yang macam tu. yang hang takut hilang dia tu pasaipa? cuba hang pikiaq, ada dia takut hilang hang dak? kalau dia takut hilang hang, dia takkan tinggalkan hang terkontang kanting camtu ja. ada dia risau macam hang risaukan dia? dia dok seronok dengan perempuan lain, hang dok berendam air mata risaukan dia. laki camtu memang @$^%&&!!!


hang cakap dia ada banyak persamaan dengan hang. hang kena ingat, tak semua persamaan bawak maksud dia tu jodoh hang. hang cakap, even parents hang bergaduh pon, diorang still bersama. but hang tau kan ayah hang camna?? setiap kali outstation, berapa banyak perempuan yang dia ada. bahagia ka camtu? tolong la realistik sikit sayang. takkan hang nak sejarah ulang buat kali kedua. hang tengok sendiri macam mana susahnya mak hang besarkan adik-adik hang. didik adik-adik hang. even hang sendiri. betapa susahnya nak didik anak-anak tanpa seorang ayah kat sisi.




hang cakap hang tak semurah tu. then, hang tak rasa ka perasaan hang tu murah sangat bila nak sedih dan susah hati sebab dia? hang tak rasa air mata hang tu murah sangat ka untuk senang-senang jatuhkan air mata pada orang yang jelas-jelas buang hang? kamon la dear..jangan tunjuk hang ni lemah sangat lepas dia tinggalkan hang. 


lagi dia suka kalau dia dapat tau hang still bersedih lepas dia tinggalkan hang. tunjukkan hang tak selemah yang dia pikiaq. hang pon ada harga diri. jangan rendahkan harga diri hang untuk jantan tak berguna tu! hang kena buktikan, without him your life is much more better. you are even can live very well since he dumped you! yes! it is! 




apa motif hang kapel dengan sorang mamat ni? sebab hang nak lupakan ex bf hang. hang sendiri cakap camtu kat aku. ya Allah..hang tak perlu la nak amalkan prinsip "kecurangan dibalas dengan curang". apa faedah yang hang dapat?? hang  rasa puas permain perasaan laki tu? hang rasa happy dapat persetankan mamat tu depan ex hang?? 


kalau ikutkan aku, aku pon nak buat jugak dulu. tapi aku pikiaq, aku tak semurah tu. aku bukan perempuan camtu. aku bukan jenis nak balas dengan kejahatan. aku tau lambat laun benda tu akan makan diri sendiri jugak. tak pa la. nanti dia pon akan rasa apa yang dia dah buat kat aku. aku takkan buat apa-apa. aku yakin dengan Allah. 




kau jangan move on dengan cara mencari hubungan dengan orang lain. tu membunuh diri sendiri namanya. dan kau akan sakiti orang lain tu. -terfaktab-


hang tak dapat lupakan dia sebab hang masih berpaut pada kenangan lepas hang dengan dia. hang tak dapat buang bayangan dia dari hidup hang. hang masih sayangkan dia. even more hang sendiri tak dapat terima kenyataan yang dia dah lama dumped hang. thats the biggest reason why you cannot move on in your life. you are stucked in the past memories. 




it's time for you to let it go. even it was hard for you. but think twice my dear...for your own sake. move on girl. step forward. don't look back unless for good views. sebab aku sayangkan hang. aku tak mau tengok hang gloomy terus-terus camni. hang mesti boleh! 

Friday, September 16, 2011

hari ni...

hari ini kau rampas hak orang, esok lusa ta mustahil hak kau pon dirampas..hari ini dy sanggup meninggal kan pasangannya untuk kau, tidak mustahil jugak suatu hari nanti dy akan meninggal kan kau untuk kekasih barunye..

aisehmen ayat!! ni aku copy and paste dari status abang senior aku jugak blog pal aku. hee~ ramai giler kot orang like status dia. *jeles*



sebenarnya aku pegang satu ja,never leave something good to find something better, because once you realize you had the best, the best has found better. 


ye la..korang kena tahu la yang  while you're busy looking for the perfect person, you'll probably miss the imperfect person who could make you perfectly happy. sebab dia rasa dia tak sempurna tu la cuba buatkan orang tu sempurna. cewwaahh! :D kan? kan? kan? macam loser tak?? hoho..




you can't change what's done, you can't go back in time, you can't try to change the hurt feelings or mend the broken hearts. all you can do is learn from your mistakes, and hope you will never regret anything as much as you do now. so, tak payah la nak perbaiki. biar masa ja yang pulihkan semua tu. benda dah berlaku dan telah pon berlaku. tak leh ubah nak patah balik da. no. no. no.nooo...*sambil goyangkan jari telunjuk* :D  


eh3?? ape aku merepek ni?? aku excited nak g open house kat umah kawan aku. ok. bye! maaf la atas kemerapuan aku kat sini. ngeh..ngeh..ngeh..*teruja*

Monday, September 5, 2011

kerana kau seorang bapa..

bila anak-anak kau lawan cakap kau, masyarakat akan labelkan anak-anak aku sebagai anak derhaka. 
kerana kau seorang bapa..

bila kat akhbar-akhbar terpampang kes anak-anak buang bapa, dengan cepatnya masyarakat buat kesimpulan, anak tak kenang budi..
kerana kau seorang bapa..

bila anak-anak kurang ajar terhadap kau, orang akan cakap kat si anak tu, anak yang kurang ajar.
kerana kau seorang bapa..


orang sekeliling kita ni suka judge apa yang diorang nampak dengan mata. cuba la fikir sebab apa si anak tu sanggup buat camtu kat si ayah. mesti ada sebab. takkan la saja-saja dia nak buang ayah dia camtu. kalau ada pon, sikit sangat ja. tu memang anak yang betul-betul derhaka n tak kenang budi.

aku tak nafikan dalam setiap family, mesti Allah akan bagi seorang anak sebagai ujian terhadap ibu bapanya.  bak kata orang, pisang setandan mesti ada satu pisang yang tak elok. mesti Allah akan duga parents melalui anak-anak. memang kena terima hakikat tu. memang menguji kesabaran kepada ibu bapa. tapi siapa tau berkat kesabaran parents tu, anak yang selalu buat masalah dan yang paling parents diorang benci tu la akan jadi peneman masa tua nanti. jangan terus condemn dia. jangan terus buang dia bila dia buat masalah. mungkin dia perlukan perhatian. mungkin jugak dia ada konflik dengan diri dia. siapa tau..pandai-pandai la main psikologi anak-anak.


orang tak tau mungkin masa dia kecik-kecik dulu ayah dia abaikan dia. mungkin ayah dia tak tunaikan hak yang anak dia sepatutnya dapat. mesti ada kisah silam dengan ayah dia yang buatkan dia sampai hati. yang buatkan dia keras hati.  kita tak tau. hanya dia saja yang tau. 

aku faham sangat perasaan tu. sebab aku pernah rasa. aku pernah lalui semua tu. memang sakit. cuma bila dah selalu sangat, aku dah jadi lali. aku dah tak ambik port. tak perlu aku cerita kat sini. sampaikan aku tak boleh tengok budak-budak kecik kena pukul dengan ayah diorang depan aku. aku rasa sedih sangat. aku tau memang pukul tu tujuan untuk mendidik. tapi entah la. aku rasa lain sangat bila tengok budak-budak kena pukul dengan ayah diorang. 


macam yang pernah berlaku pada zaman umar al-khatab. seorang bapa ni mengadu kat umar yang anak dia ni degil, derhaka kat dia. then, umar pon panggil si anak tadi. si anak tu cakap, si bapa ni bagi nama yang tak elok kepada si anak tadi. jadi la yang tak elok kat si anak tadi. umar pon cakap kat si bapa ni, si bapa ni dulu yang derhaka kat si anak sebelum si anak derhaka kat si bapa tadi. memang bukan salah anak tadi la. kan nama yang kita panggil tu doa. 

cer bayangkan kalau si bapak suka sangat dok maki-maki anak-anak dia, agak-agak la kan, apa yang akan jadi kat si anak ni bila dok dengar makian tu setiap hari?? dia dah tanamkan setiap kata-kata tu dalam fikiran dia. dia akan jadi murung sebab tiada kata-kata peransang. dia akan jadi pendiam. dia akan mula membenci si ayah. and yes. dia akan jadi dendam kat ayah dia. tak mustahil dia akan buang ayah dia satu hari nanti. tu tak tambah lagi kes pukul dan kes dera. macam mana la si anak tu tak sampai hati?? sebab ayah dia dulu yang sampai hati buat kat si anak dulu.


so, aku dah tak hairan dengan kes anak buang ayah. aku faham sangat. mesti ada something wrong somewhere. cuba fikir dari sudut yang lain. sudut si ayah dan si anak tu jugak. jangan terus letak 100% kesalahan kat si anak. 

but it doesnt mean, aku semudah tu ja nak hilang respect kat ayah-ayah. kadang-kadang anak-anak pon boleh jadi penyumbang. teehee~