Monday, September 5, 2011

kerana kau seorang bapa..

bila anak-anak kau lawan cakap kau, masyarakat akan labelkan anak-anak aku sebagai anak derhaka. 
kerana kau seorang bapa..

bila kat akhbar-akhbar terpampang kes anak-anak buang bapa, dengan cepatnya masyarakat buat kesimpulan, anak tak kenang budi..
kerana kau seorang bapa..

bila anak-anak kurang ajar terhadap kau, orang akan cakap kat si anak tu, anak yang kurang ajar.
kerana kau seorang bapa..


orang sekeliling kita ni suka judge apa yang diorang nampak dengan mata. cuba la fikir sebab apa si anak tu sanggup buat camtu kat si ayah. mesti ada sebab. takkan la saja-saja dia nak buang ayah dia camtu. kalau ada pon, sikit sangat ja. tu memang anak yang betul-betul derhaka n tak kenang budi.

aku tak nafikan dalam setiap family, mesti Allah akan bagi seorang anak sebagai ujian terhadap ibu bapanya.  bak kata orang, pisang setandan mesti ada satu pisang yang tak elok. mesti Allah akan duga parents melalui anak-anak. memang kena terima hakikat tu. memang menguji kesabaran kepada ibu bapa. tapi siapa tau berkat kesabaran parents tu, anak yang selalu buat masalah dan yang paling parents diorang benci tu la akan jadi peneman masa tua nanti. jangan terus condemn dia. jangan terus buang dia bila dia buat masalah. mungkin dia perlukan perhatian. mungkin jugak dia ada konflik dengan diri dia. siapa tau..pandai-pandai la main psikologi anak-anak.


orang tak tau mungkin masa dia kecik-kecik dulu ayah dia abaikan dia. mungkin ayah dia tak tunaikan hak yang anak dia sepatutnya dapat. mesti ada kisah silam dengan ayah dia yang buatkan dia sampai hati. yang buatkan dia keras hati.  kita tak tau. hanya dia saja yang tau. 

aku faham sangat perasaan tu. sebab aku pernah rasa. aku pernah lalui semua tu. memang sakit. cuma bila dah selalu sangat, aku dah jadi lali. aku dah tak ambik port. tak perlu aku cerita kat sini. sampaikan aku tak boleh tengok budak-budak kecik kena pukul dengan ayah diorang depan aku. aku rasa sedih sangat. aku tau memang pukul tu tujuan untuk mendidik. tapi entah la. aku rasa lain sangat bila tengok budak-budak kena pukul dengan ayah diorang. 


macam yang pernah berlaku pada zaman umar al-khatab. seorang bapa ni mengadu kat umar yang anak dia ni degil, derhaka kat dia. then, umar pon panggil si anak tadi. si anak tu cakap, si bapa ni bagi nama yang tak elok kepada si anak tadi. jadi la yang tak elok kat si anak tadi. umar pon cakap kat si bapa ni, si bapa ni dulu yang derhaka kat si anak sebelum si anak derhaka kat si bapa tadi. memang bukan salah anak tadi la. kan nama yang kita panggil tu doa. 

cer bayangkan kalau si bapak suka sangat dok maki-maki anak-anak dia, agak-agak la kan, apa yang akan jadi kat si anak ni bila dok dengar makian tu setiap hari?? dia dah tanamkan setiap kata-kata tu dalam fikiran dia. dia akan jadi murung sebab tiada kata-kata peransang. dia akan jadi pendiam. dia akan mula membenci si ayah. and yes. dia akan jadi dendam kat ayah dia. tak mustahil dia akan buang ayah dia satu hari nanti. tu tak tambah lagi kes pukul dan kes dera. macam mana la si anak tu tak sampai hati?? sebab ayah dia dulu yang sampai hati buat kat si anak dulu.


so, aku dah tak hairan dengan kes anak buang ayah. aku faham sangat. mesti ada something wrong somewhere. cuba fikir dari sudut yang lain. sudut si ayah dan si anak tu jugak. jangan terus letak 100% kesalahan kat si anak. 

but it doesnt mean, aku semudah tu ja nak hilang respect kat ayah-ayah. kadang-kadang anak-anak pon boleh jadi penyumbang. teehee~

34 comments:

Shorim Kasih

ye memang mesti ada sbb si anak buat mcm tu. tp sbagai anak sjauh mana ayah atau ibu jhtnya, anak kena hormat dan terus menjaga mereka..tahan tak tahan kena terima hakikat mereka yg melahirkan kita. dan mesti ada sbb jg di ayah maki2, mrh2 kt anak dia..MELAINKAN si ayah perngai teruk dr binatang, mcm kes rogol, mendera, sumbang mahram n all..tu kena menjauhkn dirila tp berpada2..

Mrs.Yie

seburuk2 sikap si bapa,dia tetap BAPA kita..tanpa dia,kita x kan kenal dunia ni..anak2 sepatutnya lebih mengalah..

Mohd Izzar

dont judge book by its cover...
so, dont judge people when we dont know their whole story..

*entah betul ntah tidak aku taip tu..haha

menarik.tertarik

bapa tetap bapa.pnah dgr kisah zaman nabi musa.seorang pemuda yg menjaga kedua org tuanye yg ditukar menjadi khinzir?

✿cik tempe✿

betul tu, kemungkinan jugak si bapa yang kena tinggal anak tu pernah buat benda yang sama kat bapa dorang.

MissViVio

pernah dgr imam shafie didik isteri dia dlu b4 didik anak-anak dia? dia cakap, ibu bapa perlu sempurnakan hak anak-anak sebelum anak-anak sempurnakan hak kpd ibu bapanya. anak-anak mgkin gagal ikut cakap ibu bapa. tapi anak-anak tak pernah gagal dalam meniru prangai ibu bapa. :)

SweetLikeWhat

sabagai bapa perlu lah tunjukkan contoh yang baik dulu pada anak-anak..tapi sejahat mana pun bapa tu anak tetap kena jalankan tanggungjawab pada bapa dan ibunya..

kurakuraygslow

yes setuju! tak semestinya salah anak semata-mata.

Pocket

bapak yang tinggalkan anak anak masa kecik? dok syok gi mencari hiburan ngan wanita diluar sana ..
bila anak dah besor,
baru nak datang cari secebis roti,
sejengkal bumbung.

then anak anak buat tak tahu..
masyarakat label.. anak tak kenang budi.
budi mana la nak dikenang?

norma nya harus ditinggalkan,
yang 'bagus' nya harus lah kita jaga dia.
yang jahat nya, memang la kena katok bapak tu:D

MissViVio

yup.mang prlu hormat kt bapa. tp kalu ank da ilang hormat kt bapak sbb klakuan bpak 2 ndri, bkn slah anak da. kdg2 anak-anak ni snyap bkn sbb hormat. tapi senyap sbb tkut. dpn wat baik. blkg wat bnda yg xsptutnya. da gagal tnjuk tladan yg baik utk anak2. yg pliknya, nk anak yg baik. tp cntoh yg ditunjukkan 2 xbaik. gena...

abghani

suka tk suka dia tetap darah daging selagi hayat di kandung badan.
izinkan i folow

MissViVio

folo je la..mang dia ttap drah dging. xdpt nk nafikan facts 2. :) tp ada had la kn kalu nk wat lbih kurg kt anak2..anak-anak pon ada prasaan what..2 kn amanah Allah kpd ibu bpa utk m'corakkan n m'didik anak2. kalu da bpa ndri yg rosakkan anak, ape kes 2..

afzalsukasuki

hmm macam dari pengalaman pahit sendiri je ni kan?msti ada makna tersirat ni :)

MissViVio

hehehe...bljar dri pngalaman ndri 2 kn lbih b'mkna?? bru dpt fhm apa yg org len asa. :)

cik kiwi's

betul. keluarga yang bahagia dan harmoni dimulakan dengan sikap setiap ahli keluarga yang penyayang. kekejaman, makian, carutan, wajib dielakkan. kelak esok. anak anak kita akan menjaga kita sebaik yang kita lakukan terhadap mereka. InsyaAllah

AIEN NOT ALIEN

darah daging memang ya darah daging...

hanya yang melalui pasti memahami, bukan anak2 minta rasa benci subur dalam hati....

cuma boleh cakap....
semasa hidup tak boleh disayangi, dah pergi esok tak boleh nak dibenci...

sebabkan dia seorang AYAH, anak2 masih ada rasa hormat walaupun kecewa dengan sikapnya meniti kehidupan sehari-hari....AYAH tetap AYAH...jangan kita ulang kesilapan dia....

MissViVio

ya. tau xpa. xperlu la nk ulang ksilapan ayh yg lpas. juz perbaiki diri ja. 2 je yg t'mampu. :)

syrupmasin

susah jd bapak nih :P

MissViVio

hahahaha...2 la abg senior..b4 kwin kna prepared ckup2. jgn men tgkap muat je..hehe..

sekamar rindu

teringat ayah saya yg sedang sakit..

Oh Hani (◕‿◕✿)

previously, I thought ada kisah anak je yg 'derhaka' dan berdosa pada kaum bapa.. tp hakikatnye, in opposite way pn ade..

MissViVio

yup. tgk la ayh skrg cmna..snggup smbah asid kt ank. smbang mhram la..hsap dadah la..ajar ank m'curi la. cmna ank 2 x ilang respect kt ayh. hm~

sunz sulaiman

Herm..memang susah jadik seorang ayah.. Anak yang cemerlang lahir dari didikan bapa yang cemerlang.. Ader jugak anak yang baik tapi ayah pula kurang baik.. Apa2pun semua tu dugaan dari Allah.. Ayah tetap perlu dihormati...Yang lain kiter serahkan kepadaNYa..=)

MissViVio

yezza! :) kdg2 si ayh 2 baik sgt..tp si anak plak wat hal. mang iman xdpt diwarisi. :)

Tukang Karut

selalu berpesan kepada diri sendiri, ingat asal usul!

nazirulhazwan~

Entry ni terbaik.dem.

Jangan mude lemparkan.tuduhan..kritikan andai kite tak tau cite sebenarnye.

FarhanahAdzlan

maybe kena bincang dengan elok2..anak xperlu tinggi suara..itu yg mnyebabkan tidak puas hati..
but klau dh ckap elok2 xjalan jgak..no cemment=)

FarHANa aZwA

ya btl...makin hari smkin bnyk kes buang bpa...lepas ni mintak2 lah dijauhkan drpda buang emak...mmg ada..tp xberleluasa mcm kes buang bayi..telinga pun dah lali...bnde tu mcm dah mnjadi pkara biase jer dlm dunia kita skg...masyaallah...

MissViVio

hm..2 la..slh 1 tnda2 kiamat kcik. ibu lhirkan tuan. nauzubillah..

MR. SYAH

bapa borek anak rintik..

semua perkara mesti ada sebab musababnyer.. masyarakat lebih suka judge dari pendengaran dan penglihatan saja. mereka tak pernah mahu merasai.. termasuklah kita sendiri..

MissViVio

hehe..sbb sya tgk ndri 2 la wat n3 ni. huhu..anak2 mgkin gagal kta2 ibu bpa. tp anak2 x prnah gagal dlm mniru prangai ibu bpanya. :)

NURUL AINI NORAZMAN

saya SETUJU!!

bukan tujuan nak aibkan,. tapi ayah saya tinggalkan saya sejak kecil, tak pernah bagi nfkah kat sy dan adik2,.skunk bila saya dah besar dia tuntut plak hak dia sbgai seorang ayah kat sy,.sedangkan dulu dia abaikan sy anak kndung dia,. mmg saya tak amik peduli pasal dia...

MissViVio

hee~ we're even then. :) mostly org akn slahkan ank2 1st b4 tau apa pnca dia. cmna nk respect ayh kalu dia ndri xnah respect anak2 dlu. ayh pngemudi kluarga kot. kalu pngemudi 2 pon dah ntah apa2, cmna ank nk ikut. xkn dah trang2 bnda slah, ank2 nk ikut kot..especially bla ank2 2 da blh pk.

teha

semua org ade buat kesalahan... so , jgn nk judge sebelah pihak jee :)