Saturday, December 17, 2011

stop complaining.

ampa selalu dak jumpa orang yang selalu complain? ni tak kena. tu tak kena. semuanya serba tak kena. apa yang nak kena pon tak tau la. nak kena penampaq maybe. hee~ marvellous! pang!! sedaih! phew. ganas aku. wah...anak orang kot...tak baik..tak baik..ok. just kidding. :)

kalau tak suka satu-satu benda tu, tak payah la nak complain sangat. sekali sekala tak apa la. tapi ni tak. selalu. setiap kali pi mana-mana ada ja yang nak dicomplain kan. tolong la. tak perlu la nak compare tempat hang dengan tempat kita sekarang. 


well..setiap tempat ada cara yang tersendiri. just biasakan diri ja la. tak perlu kot nak publish cerita semuanya dalam fb. sampai buat local people terasa. cewaahh..local sangat kan..haha! dan aku jugak rasa tak perlu la nak complain segalanya. as if you such perfect or so-called perfectionist. aku rasa kita tau kan tiada yang sempurna kat dunia ni. setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

kalau ya pon tak suka makan santan yang ori or selalu dipanggil santan kampung, tak yah la nak hina makanan kampung. sampai cakap, "aku takkan makan gulai kampung. sebab santan dia bau camni." pergh...sentap aku! sebab aku orang kampung. and aku memang buat gulai pakai santan yang diperah ori. bukan pakai yang dalam kotak tu.


makan sikit, tak dan dua suap, mula nak cakap, "ha....aku tau apa kurang dia..kurang garam la..kurang santan la..kurang panas la..kurang selesa la..kurang kondusif la...bla bla bla.." kurang asam disitu. huahuahua..

satu lagi, jangan nak complain pasal orang sangat boleh. jangan pertikai orang tu kenapa dia camtu. kenapa dia camni. mesti ada sebab kenapa dia jadi camtu. kita tak tahu. kan? kenapa nak judge perempuan tu tak sesuai dengan bf dia. sebab bf dia hensem. bf dia patut dapat yang jauh lagi cantik dari perempuan tu. itu hak dia nak suka sapa pon. tak payah nak pertikai. 


at least, hormat la perasaan orang tu. dia nak suka Lee Min-ho sekali pon, ikut suka dia la. even perempuan tu tak lawa or buruk sekali pon. yang nak pertikai tu kenapa? tak payah nak hina sangat laki yang suka dan cuba sayangkan kamu tu. just sebab dia tak hensem, tak kaya, tak berapa pandai. aku rasa anda patut bersyukur sebab ramai yang meminati anda. bukan semua perempuan yang ada kelebihan tu. 

tapi aku rasa adalah sangat pentingkan diri sendiri, bila kita tak suka orang tu, but kita layan dia seolah-olah bagi harapan dia yang kita pon suka kan dia. guna kelebihan yang Allah bagi untuk buat camtu. nak test orang tu la. sat nak test orang ni la. apa tu?? kejam kan? permain perasaan orang yang sayangkan kita. 


aku tak faham kenapa nak complain sampai ketahap tu. kenapa nak memilih sampai camtu. dari makanan, tempat sampai ke orang pon nak complain. kalau asyik tengok kekurangan ja, sampai bila pon kita takkan puas hati. cuba tengok kelebihan yang ada disebalik kekurangan tu, baru la tau rasa bersyukur. baru tau rasa untuk hargai. 

tolong la. anda tak perfect. banyak kekurangan jugak. tapi orang sekeliling anda yang selalu melihat anda seorang yang penuh dengan kelebihan tanpa ambil peduli sangat kekurangan anda tu. anda perlu tahu rasa bersyukur. kerana dalam banyak-banyak kekurangan anda tu, orang yang sayangkan anda tetap melihat kelebihan anda.