Sunday, April 1, 2012

suka mencarut dan memaki hamun.

assalamualaikum wbt.


hangpa selalu tak dengar orang cakap,'mulut capui tapi hati baik'? haruslah pernah kan? kalau tak pernah, maksudnya hangpa ni tak cukup pengalaman hidup. hahaha! 


ok. sebenarnya aku bukan apa. aku ni sensitif sikit bila dengar orang mencarut dan memaki hamun. sikit ka? dak, dak, dak. aku rasa banyak. yup. banyak. hangpa tau dak, bagi aku prinsip kat atas tu bertentangan dengan diri aku. well..memang la mulut tu jahat tapi hati baik. aku nak tanya hangpa, bila orang tu tengah bercakap apa yang orang akan menilai dulu? mesti la kata-kata dia kan? bukannya hati. sebab mulut yang bercakap dan telinga mendengar. bukan hati yang kita nampak dulu. sebab hati dia kita tak nampak. kata-kata yang keluar dari mulut tu la sebenarnya gambaran kepada hati kita.




hangpa ingat senang ka orang nak terima nasihat lepas lancang mulut memaki hamun dan mencarut orang tu kat kita? sorry. aku mengaku aku tak dapat terima. nasihat tu biarlah cara berhikmah. tak perlu la nak memaki dulu baru nak sampaikan mesej nasihat. masa tu orang dah tawar hati, terpana, terkedu dan tersiat dengan kata-kata yang tak elok tu. mau tak nya, dah hentam kaw-kaw kat hamba Allah tu, baru nak habaq apa yang nak disampaikan. memang tak la. dari orang tu nak berubah kearah kebaikan terus dia berpaling tadah.


bagi aku cukup huduh la sapa-sapa yang suka mencarut dan memaki hamun. nak nak perempuan yang bertudung dan berbaju kurung. ya Allah...hanya Allah ja tau betapa huduhnya perangai depa time tu. aku cakap berdasarkan apa yang berlaku depan mata aku sendiri na. bukan dengar dari mana-mana pihak.  terus aku rasa takut nak dekat dengan orang tu. aku yakin masa tu memang konfom la ramai yang akan memandang rendah kat orang macam tu. 




tolong la jaga lisan anda tu. sebab kata-kata yang hangpa keluarkan tu la sebenarnya gambaran hati yang hangpa akan bagi kat orang sekeliling hangpa. jangan salahkan orang bertanggapan negatif kat hangpa bila dengar hangpa mencarut dan memaki hamun. memang la kadang-kadang kalau kita marah, tak boleh nak kawal mulut tu. tapi kena la ingat, bukan ka Rasulullah SAW pernah cakap, nak tau orang tu baik ka tak tengok masa dia marah. kalau dia boleh tahan marah dia sedangkan dia ada hak untuk marah, maka baiklah orang tu. kalau orang tu tengah marah dan keluarkan kata-kata kesat, maksudnya? fikir-fikirlah sendiri apa yang Rasulullah maksudkan. ramai yang tau pasal hadis ni.


aku sendiri pon tak dak la baik mana pon. tapi bila aku terjumpa dengan orang yang jenis sikit-sikit nak memaki hamun dan mencarut segala, aku rasa takut. seolah-seolah aku tengah menghadap cermin dengan diri aku. aku jadi takut dan berdoa dalam hati supaya aku tak jadi camtu. jauhkan la diri aku dari bermulut camtu. kalau bercakap tu, astaghfirullah...lancangnya bercakap seolah-seolah orang yang berbuat maksiat tu tak ada pintu taubat buat dia.  sedangkan siapa la anda untuk menghukum syurga neraka terhadap orang macam tu? mungkin bila Allah bukak pintu hati dia satu hari nanti, pasti dia akan jadi manusia yang lebih baik dari manusia yang sedia baik. aku yakin itu. aku takut benda yang dia dok cakap tu, balik kat dia balik ja. masa tu baru tau tinggi rendahnya langit. 




ada satu hadis ni cakap, siapa yang menghina orang yang berbuat dosa dan maksiat lepas dia bertaubat, Allah takkan mematikan dia selagi dia tak buat dosa dan maksiat yang dia hina itu. nauzubillah..ni hadis sohih tak silap aku. boleh digunakan untuk berhujah. bukan hadis dhaif ok.


tak kisah la dia lelaki ka perempuan, yang penting dua-dua akan nampak sangat huduh bila mencarut dan memaki hamun. tak yah nak gender bias sangat bila cakap perempuan nampak huduh bila mencarut dan memaki hamun. pada hakikatnya dua-dua sama ja. banyak lagi alternatif lain untuk bercakap dari dok mencarut dan memaki hamun tu. anda hanya akan merendahkan martabat diri anda pada pandangan orang bila anda mencarut dan memaki hamun. 




p/s : terasa nak update entry pasal ni lepas kawan aku cakap aku ni PEREMPUAN YANG KOLOT DAN MEMBOSANKAN sebab tak ikut dia pi makan dan jalan-jalan kerana aku pi usrah kat pusat islam. 


sekian~