Wednesday, June 20, 2012

TURNS OVER A NEW LEAF.

Assalamualaikum wbt..


lamanya aku tak update blog. nak final baru gigih nak update. hehe..

tak mau banyak cakap, aku nak share dalam kita nak berubah untuk menjadi lebih baik or so-called 'berhijrah' mesti ada banyak dugaan. tapi aku bukanlah nak tekankan pada perubahan untuk entry kali ni. 

bagi aku, dalam kita nak berubah or 'berhijrah' benda pertama yang perlu kita buat ialah mulakan dengan perbaiki solat kita dulu. check selama ni solat kita ni khusyuk ka tak. sempurna ka tak. agak-agak Allah terima tak solat kita tu. kalau selama ni kita asyik solat gunakan konsep 'asalkan buat dari tak buat langsung', aku rasa kita perlu berubah. sebab ia termasuk dalam kes meringan-ringankan solat. 


penatkan kita solat tunggang terbalik tapi tak diterima. tak ka sia-sia tu? well..last but not least, aku nak tekankan doa qunut. aku yakin ramai kat luar sana tak ingat bacaan doa qunut. ya la..sunat ja kan. harus la ada yang tinggalkan doa ni. hmm...baiklah kalau kita muhasabah diri kita dan belajar untuk hafal dan ingat balik mana-mana bacaan dalam solat yang kita lupa. bacaan tahiyat pon sama. kalau boleh, fahamkan sekali makna dia. supaya kita boleh khusyuk lagi dalam solat.


mesti ada orang tertanya-tanya kenapa aku tekankan bab solat dalam proses kita nak berubah atau 'berhijrah' instead of pakaian dan akhlak? hmm...jawapan aku simple ja, bukankah bila kita mati nanti, amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah ialah solat? 

jadi, fikir-fikirkan lah. jangan sebut terlambat dalam perbaiki solat. Rasulullah tak pernah ajar kita terlambat. Allah bukan tengok pada hasil tapi Allah tengok pada usaha kita. kalau selama ni kita asyik cari redha dan kepuasan manusia, kenapa tidak kita cari redha Allah dan sudah tentu syurga akan menanti kita disana. amin. :)

assalamualaikum.

0 comments: