Sunday, July 8, 2012

takut mati?

"ummi! along tak mau dok sini! along nak balik Malaysia! kat sangat menakutkan!" 


aku pelik dan sangat takut nak keluar rumah. asal keluar rumah ja mesti ada ja bedilan peluru dari rejim Zionis. peluru yang depa lemparkan tu seolah-olah dah disetkan untuk membedil dan membunuh orang Islam kat Palestine. 




semua orang kat sini berlumba-lumba untuk syahid di jalan Allah. depa tak kisah pon kena bedil even diserang hendap. sebab pemikiran depa kat sini semuanya nak syahid di jalan Allah kerana pertahankan agama dan negara depa. masa tu jugak la aku ternampak betapa banyak pertumpahan darah yang berlaku. penyembelihan beramai-ramai yang dilakukan oleh Zionis terhadap umat Islam Palestine tanpa kira tua muda, orang tua malahan kanak-kanak jugak turut jadi mangsa dalam penyembelihan beramai-ramai.


aku pulak masa tu berteriak dengan kuat dan merayu-rayu kat Zionis tu supaya hentikan pertumpahan darah yang sedang rancak dilakukan. aku tak tahan tengok teriakan dan saat-saat nyawa mereka direnggut dengan penuh kejam. aku rasa seolah-olah dunia ni terlalu kejam buat aku. dan lebih menyedihkan apabila aku terlihat dengan mata dan kepala aku sendiri yang mak turut terkena bedilan peluru yang dilontarkan semasa penyembelihan beramai-ramai itu sedang berlangsung.




mak aku kelihatan sangat tenang walaupun masa tu dia dalam keadaan lumpuh dan terbaring atas katil hospital. aku hanya mampu menangis dalam situasi tu. penduduk Palestine kat situ semuanya berkobar-kobar untuk berlawan dengan Zionis walaupun mereka tahu yang Zionis mempunyai senjata yang jauh lebih canggih. tapi berbekal semangat dan yakin akan Allah, mereka tak pernah kenal erti takut dan gentar pada Zionis.


aku pulak masa tu, takut nak mati. sedangkan aku tau syurga bakal menanti aku. aku tau yang aku sedang berjuang di jalan Allah. tapi kenapa aku masih ragu-ragu dan takut untuk korbankan nyawa demi agama Islam yang selama ni aku agungkan? sampailah saat seorang tentera Zionis ni nak membunuh aku, aku tersedar yang...................................................................


























ya Allah! aku hanya bermimpi rupanya! alhamdulillah hanya mimpi. tak dapat bayang kalau realiti. tapi mimpi tu buat aku terdetik dan terfikir sepanjang hari terutamanya part yang aku takut mati di jalan Allah tu. 


yup. aku rasa aku ada masalah hati dan iman. iman aku tak cukup kuat dan masih tak yakin sepenuhnya tu la yang aku masih takut mati. apakah aku terlalu cintakan dunia sampai takut akan mati? walaupun mati aku itu dijamin syurga dalam mimpi tu. aku seolah-olah tak berani untuk menegakkan kebenaran dalam mimpi tu. aku hanya berteriak tapi tak melakukan apa-apa tindakan. aku seperti pengecut! kenapa aku jadi camtu??!! why???!! 




masalah hati dan iman. ya Allah...kuatkanlah aku dalam usaha menggapai redhaMu. jauhilah aku dari sifat was-was. was-was untuk kembali ke jalan Mu. was-was dalam yakin rahmat Mu. jauhilah aku dari semua sifat was-was terhadapMu ya Allah.