Tuesday, August 28, 2012

tak salahkan??

assalamualaikum wbt..

let me tell you the truth.

aku mengaku yang aku bukanlah comes from religious punya family. aku punya family tidaklah sehebat dan sebahagia seperti kawan-kawan aku yang lain. aku mempunyai bapa yang langsung tak pernah ambil tahu tentang anak-anak dia. selama ni yang gigih mendidik aku dan adik-adik tentang agama ialah ummi. mak aku. walaupun dia bukanlah seorang yang mempunyai background agama, tapi ummi tak pernah jemu menuntut ilmu agama masa aku kecil dulu. ummi sering bawak aku ke kuliah agama walaupun aku tak faham apa-apa.

aku rasa...tak salahkan kalau aku cuba jadi seorang muslim yang benar-benar ikut dan patuh ajaran Allah swt. aku tau aku bukanlah sebaik orang yang tak pernah jemu mengajak orang berbuat baik macam kak naqibah kak usrah aku.sebab aku sedar yang aku bukanlah seorang yang cukup mahir tentang agama dan aku rasa aku jahil tentang agama tu la yang membuatkan aku terus berada dalam "bulatan gembira" ni. aku cuba memperbaiki diri aku yang penuh kekurangan dan serba serbi kekurangan dalam banyak hal.


walaupon background aku tak dak la sebaik yang lain, ianya bukan penghalang bagi aku untuk tidak menjadi baik. aku tau aku perlu bermujahadah dalam meningkatkan keimanan aku. tipu la kalau aku cakap aku tak pernah dalam dilemma. in fact, aku selalu dalam berada dalam situasi itu. memang susah nak jadi baik. sebab ada ja halangan yang mendatang yang akan membuatkan aku memberontak. tipu la kalau aku cakap iman aku naik berterusan. aku bukan malaikat dimana imannya sentiasa naik tanpa turun sikit pon. 

aku sedang cuba untuk menjadi anak yang baik walaupon bapa aku tidaklah sebaik mana. aku teringin mencontohi ketabahan Nabi Ibrahim. walaupon ayah dia kufur, namun dia tetap taat kepada ayahnya. siapa la aku kalau nak dibandingkan dengan Nabi Ibrahim. aku sepatutnya bersyukur dikurniakan ayah seperti ini. sebab ayah aku tak dak la kejam mana. cuma dia kurang beri perhatian pada anak-anak. sebenarnya aku cuma perlu melihat ia sebagai satu peluang yang Allah bagi pada aku untuk mengumpulkan begitu banyak pahala dengan berkat kesabaran melayan kerenah bapa sebegitu. 


tipu la kalau aku cakap aku tak pernah naik angin kalau ayah aku berlaku lebih kurang kepada kami adik-beradik dan ummi. aku mudah hilang sabar kalau ayah aku hamburkan kata-kata kesat kepada kami. aku tak melawan. cuma aku pendam dalam hati. bila aku pendam dalam hati, aku rasa berdendam. bila aku rasa dendam, aku biarkan dendam tu berkesumat dalam hati aku. at the end, syaitan yang datang terus menghasut aku supaya jangan jadi anak yang baik. 

ya Allah. rupa-rupanya bila aku terlalu memikirkannya, aku terlupa sebenarnya ujian yang Allah bagi tu merupakan tarbiah untuk aku. Allah uji aku dengan kesabaran. Allah tahu yang aku ni bukanlah seorang yang penyabar. tapi bila Dia bagi ujian sebegini, Dia tarbiah hati aku supaya mendidik hati dan perasaan untuk lebih bersabar dan jangan cepat melatah. 


tak salahkan aku terus berusaha untuk belajar dari kesilapan aku. aku cuba mendidik hati aku supaya tidak lalai dengan hasutan yang dibisikkan apabila ujian datang. Allah knows the best for me and even for us. for all of us. cuma kita perlu yakin dengan Allah. kita yakin Allah sedang mentarbiah kita dengan memberikan orang-orang tertentu sebagai wasilah untuk menguji kita. 

olives pressed for oil, fruits squeezed for juice and flower crushed for perfume. thus, if you feel "pressure", Allah wants the best out of you.

aku tak dak niat nak buruk kan sapa-sapa. cuma aku nak kongsikan kisah aku bila ramai yang pertikai kenapa aku join usrah. as if macam tak dak apa-apa faedah. sebenarnya tanggapan tu salah. sebab usrah la aku kenal siapa kawan dan siapa sahabat. dari usrah la aku berjaya didik diri aku mengawal hot-tempered aku. dan yang paling penting dari usrah la aku belajar supaya TIDAK PUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH dan TERUS MENCARI REDHA ILLAHI. 


penat sangat mengejar redha manusia yang pernah kenal erti puas. kadang-kadang kerana terlalu mengejar redha manusia tu la yang membuatkan aku terlupa redha Allah. tak guna kita ikut manusia sedangkan perbuatan yang kita lakukan itu tak dapat redha Allah. sia-sia saja amal kita dan hidup kita tanpa redha Allah. seriously aku dah penat dengan kejar redha manusia yang bersifat sementara sampai terlupa redha Allah tu la yang terpenting sekali. cukuplah. biarlah apa orang nak kata pon. yang penting Allah tau niat sebenar kita. 

tak salahkan kalau kita mencuba untuk menjadi seorang muslim yang mengamalkan ajaran Islam yang syumul tanpa mengira apa pon background yang kita ada. =) 

5 comments:

kurakuraygslow

"Kita tulis benda-benda baik, tak semestinya kita baik..TAPI sekurang-kurangnya kita tak tulis benda-benda yang tak baik, kan? Kita bercakap benda yang baik, pun tak semestinya kita baik..TAPI sekurang-kurangnya kita tak bercakap benda yang tak baik. Kita buat baik juga tak semestinya kita baik..TAPI sekurang-kurangnya kita tak buat benda yang tak baik.. Kita bukan bagus sangat tapi INSYAALLAH, kita menuju dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik".

Ni ayat yg sy copy dari status cikgu sy. Sy suka ayat ni n sy harap awak pun berpegang dengan ayat ni =)

mikeyvio

hehe...cm awk jgak la dlu..sy pon bljar dri ksilapan lpas...dlu blog ni salu ckp bnda2 xbaik. tp dh mhasabah dri, bru la sdar n pdm blek entri2 lma. t'lalu ikut emosi. haih..hehe..:) thanks sooo much zaiti! :D

Outbound Malang

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

Harith Iskandar

sy pn nk masuk dlm bulatan tu jugak lah :)

Harith Iskandar

jo masuk bulatan gembira..jgn keluar2 lg dah :)