Monday, December 21, 2015

after a while

Salam..

Apa khabar semua? Setelah hampir 3 tahun aku menyepi dari dunia blog..hmm..ya. Bukan senang nak kumpul kekuatan untuk menulis semula dalam blog ni. Terlalu banyak kenangan dan sentimental value dalam blog ni. 



Blog ni aku mula menulis sejak zaman aku belajar lagi. Sekarang semuanya dah berubah. Aku dah berkahwin. Dah bekerja dan banyak lagi la perkara yang berlaku dalam beberapa tahun ni. Seolah-olah sekelip mata saja semua benda dah berubah.


Since aku stop blogging actually banyak sangat benda yang aku tengah struggling with sebenarnya. tetiba hang kena kahwin dengan stranger. Dah la chinese guy pulak tu. without knowing anything about him then suddenly he became your husband. Bayangkanlah lepas kahwin, dia ingat aku cintakan dia sebab dia cintakan aku. Dia ingat once dia cintakan aku terus aku boleh cintakan dia secara automatik..ya Rabbi...dengan muka tak bersalahnya dia cakap, "I never fall in love with other girls before..you are the first one and my first love." Aku pulak masa tu tak boleh terima kenyataan yang aku dah tukar status. Selamba ja aku cakap kat dia, "saya tak cintakan awak." muka dia daripada happy sangat sebab dapat kahwin, terus berubah. 



Bermula la satu episod dimana aku kena belajar untuk terima hakikat yang orang yang bersama dengan kita selama ni bukan bermaksud dia adalah jodoh kita. Yang kita sangka dulu dia la yang bagi semangat and claimed he is the one. He will be my soulmate. At the end, kita sebagai hambaNya, Allah lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk hambaNya. Masa tu, aku betul-betul struggling untuk let go semua benda tu. Bukan mudah. Even sampai sekarang pun. Rasa bersalah tu tetap ada. I really hope you are doing well. Til here for tonight. :)

x

0 comments: